Saturday, December 17, 2011
Biodata Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat dilahirkan pada 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan. Tingginya ialah sekitar 1.70 meter (5 kaki 7 inci), manakala berat badannya ialah 60 kg. Nama samaran yang terkenal bagi Khairul Fahmi ialah Apek atau Che Su. Khairul Fahmi Che Mat ini bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Bolasepak Kelantan dan juga Malaysia. Khairul Fahmi Che Mat pernah bersekolah di S.K. Tapang, Kota Bharu di Kelantan, Sekolah Sukan Bandar Penawar di Johor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil di Selangor. Itulah sedikit sebanyak latar belakang tentang Khairul Fahmi.
Khairul Fahmi mula menjadi tumpuan setelah beraksi hebat semasa Piala AFF Suzuki bersama dengan pasukan bola sepak Malaysia. Pencapaiannya dalam Piala Suzuki 2010 baru-baru ini adalah seperti cleansheet sewaktu menentang Thailand di peringkat kumpulan, cleansheet sewaktu menentang Vietnam di Bukit Jalil dan Vietnam, cleansheet sewaktu menentang Indonesia di Bukit Jalil, mencatatkan masa tanpa jaringan terlama iaitu 362 minit dan juga membantu Malaysia mencatatkan kemenangan dalam AFF Suzuki Cup setelah 14 tahun menunggu. Cleansheet di sini bermaksud mengekalkan sesuatu perlawanan tanpa bolos. Pencapaian lain Khairul Fahmi ialah seperti mendapat Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, anugerah Pemain Muda Terbaik 2010 dan juga anugerah Penjaga Gol Terbaik 2010.
Laman Fanpage Facebook milik Khairul Fahmi dikatakan turut menjadi popular di kalangan pengguna Facebook. Anda boleh klik sini untuk pergi ke Fanpage Facebook milik Khairul Fahmi. Akaun Twitter milik Khairul Fahmi juga dikatakan menjadi ke-5 tertinggi di rangkaian Twitter. Baru-baru ini juga, Khairul Fahmi bakal menerima hadiah sebuah rumah daripada Kerajaan Negeri Kelantan sempena menghargai jasa anak muda Kelantan tersebut terhadap negara Malaysia. Walaubagaimanapun lokasi dan nilai rumah tersebut masih belum ditentukan lagi. Di bawah ini merupakan gambar-gambar lain Khairul Fahmi Che Mat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment